Isnin, 30 April 2012

Solat Fardhu


  • Pengertian
    • Dari segi bahasa solat bererti doa
    • Dari segi syara' solat adalah beberapa ucapan dan perbuatan yang tertentu yang dimualai dengan takbir (1) dan di akiri dengan salam (2)
  • Hukum
    • wajib
      • wajib bagi setiap muslim yang cukup syarat solat
      (1)الله اكبر
      (2)السـلا م عليكم
Dalil Al Quran
فَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.Surah An Nisa':103
Waktu Solat
 

SolatWaktu masukWaktu akhir
zohor
Tergelincir matahari ke barat iaitu apabila sesuatu benda mempunyai bayang disebelah timur
Apabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya
'Asar
Apabila bayang sesuatu lebih sedikit daripadanya
(berakhir waktu zohor)
Apabila matahari terbenam seluruh bulatanya
Maghrib
Apabila terbenam seluruh bulatan matahari
(berakhir waktu 'asar)
Hilang cahaya merah di kaki langit
"Isya'
Hilang cahaya merah di kaki langit
Terbit fajar Sodik
Subuh
Mulai terbit fajar Sodik
Terbit matahari
Syarat-syarat wajib solat
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Boleh melihat dan mendengar
Syarat-syarat sah solat

  • Suci badan, pakaian dan tempat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Yakin masuk waktu solat
Perbuatan solat terbahagi 2
 

SolatHukumBilangan
1. Rukun
Apabila meninggalkannya tidak sah solat
13 perkara
2. Sunat
Apabila meninggalkannya sah solat
'Ab'adh
Sangat dituntut melakukannya. Jika tertinggal digantikan dengan sujud sahwi.
Sujud sahwi ialah sujud sebelum salam
8 perkara
Hai-at
Apabila meninggalkannya sah solat.
13 perkara
Rukun Solat
  1. Berniat
  2. Takbiratulihram
    تكبيرة الا حرام
  3. Berdiri betul bagi yang kuasa
  4. Membaca surah Al Fatihah
  5. Ruku' serta toma'ninah
  6. "Itidal serta toma'ninah
  7. Sujud serta toma'ninah
  8. Duduk antara dua sujud serta toma'ninah
  9. Duduk ketika membaca tahiyyat Akhir
  10. Membaca tahiyyat Akhir
  11. Membaca salawat ke atas Nabi
  12. Mengucap salam yang pertama
  13. Tertib
Syarat-syarat sah solat

  • Suci badan, pakaian dan tempat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Yakin masuk waktu solat
Sunat 'Ab'adh

  • Membaca tashahud awal
  • Duduk membaca tashahud awal
  • Salawat ke atas Nabi selepas tashahud awal
  • Salawat ke atas keluarga Nabi selepas tashahud akhir
  • Membaca qunut
  • Berdiri ketika membaca qunut
  • Solawat ke atas keluarga Nabi sesudah membaca qunut
Sunat hai-at

  • Mengangkat tangan ke telinga ketika takbiratul ihram
  • Meletakkan tapak tangan kanan ke atas tangan kiri
  • Membaca doa iftitah
  • Membaca ta'awuz sebelum membaca Al Fatihah
  • Diam sebentar sebelum dan selepas membaca Al Fatihah
  • Membaca Amin selepas membaca Al Fatihah
  • Membaca mana-mana ayat Al Quran selepas membaca Al Fatihah
  • Mengucapkan takbir ketika hendak ruku'
  • Membaca
    سَمِعَ اللَّهُ لِمِنْ حَمِدَهُketika berdiri selepas ruku'
  • Membaca tasbih ketika ruku'
    سُبْحَانَ رَبِّيَ العَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
  • Membaca tasbih ketika sujud
    سُبْحَانَ رَبِّيَ الا عْلَى وَبِحَنْدِهِ
  • Membaca doa ketika antara dua sujud
    • رَبِّ اغْفِرْلِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِيوَارْزُقْـنِي وَهْدِ نِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

    Berpaling muka ke kanan ketika memberi salam pertama dan kekiri ketika memberi salam kedua
Perkara-perkara yang membatalkan solat

  • Meninggalkan salah satu rukun solat
  • Berkata-kata
  • Berhadas kecil atau berhadas besar
  • Terkena najis pada badan atau pakaian
  • Terbuka aurat dengan sengaja
  • ketawa mengeluarkan suara
  • Berubah niat
  • Makan atau minum
  • Murtad
  • Bergerak tiga kali berturut-turut
  • Berubah dada daripada arah qiblat
Hikmah solat

  • Dikurniakan hidayah
  • Berakhlak mulia
  • terhindar daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji
  • Bijak mengimbangi kepentingan dunia dan akhirat
  • Bersatu padu dan bekerjasama
  • Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa
  • Mengukuhkan iman
  • Dikasihi Allah
  • menghayati sifat mahmudah
  • suka membantu dan memberi pertolongan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan