Isnin, 30 April 2012

Mandi Wajib


MANDI
  • Pengertian
    • Meratakan air mutlak keseluruh anggota tubuh dengan niat
Dalil Mandi
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُواْ
dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib
Al Maidah: 6


Bahagian Mandi

Mandi wajib Mandi sunat Mandi harus
Mandi yang disertakan dengan niat kerana berhadas besar.-seperti haid nifas, wiladah, berjunub, keluar mani, dan mati kecuali mati syahid. Mandi yang disertakan denan niat kerana tujuan tertentu,-seperti mandi hari Jumaat mandi hari raya, mandi kerana memeluk Islam dan mandi memakai ihram Mandi untuk menyegarkan dan membersihkan kotoran badan dan menghilangkan bau badan


Sebab-sebab mandi wajib

  • Lelaki
    • keluar mani
    • bersetubuh
    • mati selain mati syahid
  • Perempuan
    • keluar darah haid
    • keluar darah nifas
    • wiladah iaitu melahirkan anak
    • keluar mani
    • bersetubuh
    • mati selain mati syahid
Rukun mandi wajib
  • Niat
    نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الا كْبَرِ لِلَّهِ تَعَالَى
  • Meratakan air keseluruh anggota
Perkara-perkara sunat ketika mandi wajib
  • Memulakan mandi dengan membaca
    بــسم اللَّه الر حمن الر حيم
  • Membersihkan kotoran atau najis yang menghalang air sampai kekulit
  • Berwudhu' sebelum mandi
  • Menyelit jari kaki, tangan dan rambut
  • Mendahulukan anggota sebelah kanan
  • Menggosokkan seluruh anggota badan
  • Berdoa selepas mandi
Hikmah mandi wajib dan sunat

  • Membolehkan seseorang itu bersedia untuk beribadah pada bila-bila masa
  • Menyegarkan dan menguatkan tubuh
  • Mencergaskan fikiran
  • Membersihkan badan daripada kekotoran
  • Memberikan keselesaan untuk berhubung dengan orang ramai
  • Membersihkan rohani


Tiada ulasan:

Catat Ulasan