Sabtu, 28 April 2012

AKHLAK TERPUJI


Akhlak yang baik dapat membentuk sahsiah atau peribadi yang mulia. Justeru, contoh tauladan akhlak yang baik perlu diikuti dan dihayati daripada insan yang akhlaknya telah diperakui sebagai akhlak yang paling mulia di kalangan manusia.
Siapa lagi anak-anak.............kalau bukan Nabi Muhammad S.A.W.


 Ini kerana Allah S.W.T telah berfirman:
       "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW contoh ikutan yang baik".(al-Ahzab;21)


Berdasarkan ayat itu, Allah telah menobatkan Rasulullah SAW sebagaiROLE MODEL yang teragung bagi setiap umat manusia tanpa mengira sempadan masa.
   Anak-anak, jika dilihat mengenai akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW adalah sebagai contoh teladan yang dapat mendidik diri dan peribadi setiap muslim agar sentiasa beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Ini kerana setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku baginda SAW mengandungi hikmah (silver lining) dan prinsip-prinsip yang jelas terkandung di dalam al-Quran.
   
  Apabila Siti Aisyah r.h.a ditanya tentang akhlak baginda maka jawabnya: "Rasulullah SAW memiliki budi pekerti al-Quran". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


  Semoga kita semua dapat mencontohi akhlak baginda dan menjadi muslim serta muslimat yang cemerlang peribadi dan berjaya di dunia serta akhirat...
(Ehsan: Kolumnis editor, Majalah Asuh Jun 2010)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan