Isnin, 30 April 2012

Akidah


  • Pengertian dari segi bahasa
    • Kerpercayaan yang kukuh dihati
  • Pengertian dari segi Istilah
    • Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah taala serta sifat-sifatnya dan kesempurnaannya berdasarkan dalil naqli dan aqli
Ciri-ciri Aqidah

Aqidah yang tulinAqidah yang rosak
  • Keyakinan yang teguh terhadap
    • Kewujudan Allah
    • Keesaan Allah
    • Kekuasaan Allah
  • Menjauhi diri daripada mensyirikkan Allah taala
  • Keyakinan dan kepercayaan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah
  • menafikan atau meragukan tentang
    • Keesaan Allah
    • Kekuasaan Allah
  • Mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan Al Quran dan Assunnah
  • Melakukan perbuatan syirik kepada Allah taala
Tujuan mempelajari Ilmu Aqidah
  • Memantapkan keimanan dan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah taala
  • Dapat mengenal ajaran yang merosakkan aqidah
  • Menjaga iman supaya selamat di dunia dan akhirat
  • Mempertahankan aqidah daripada dirosakkan atau diselewengkan
  • Menolah fahaman yang menyesatkan dan segera kembali kepada pegangan yang berlandaskan Al Quran dan Assunnah
Hubungan Aqidah dengan Syariat

AqidahSyari'at
  • Keimanan kepada Allah
  • Keimanan kepada Malaikat
  • Keimanan keada Rasul-rasul
  • Keimanan kepada Kitab-kitab
  • Keimann kepada Qada dan Qadar
  • Keimanan kepada Hari Akhirat
  • Mentaati dan melaksanakan perintah Allah taala
  • Kepatuhan dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan yang dilarang
  • Mengikut dan mengamalkan sunah-sunah Rasulullah SAW
  • Melaksanakan segala hukum dan perbuatan yang ditentukan Allah
  • Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kebaikan didunia dan akhirat
Aqidah berdasarkan 'Alam Sahadah
  • Pengertian 'Alam Sahadah
    • Setiap kejadian 'alam yang dapat dilihat, diperhatikan dan dikaji oleh pancaindera.
    • Contoh :-
      • Kejadian pokok, gunung, matahari, bulan, bintang dan bulan
Sumber Aqidah
Al Quran Al Hadis
  • Kitab yang menjelaskan tentang asas aqidah Islam
 
  • Perkataan perbuatan dan sifat-sifat Rasulullah 

Sumber Al Quran

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ آمِنُواْ بِاللّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِيَ أَنزَلَ مِن قَبْلُ وَمَن يَكْفُرْ بِاللّهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيدًا {136}
 
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.Surah Annisa' : 136
Pengajaran ayat
  • Al Quran adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad 
  • Al Quran adalah panduan hidup umat Islam
  • Setiap umat Islam hendaklah meyakini kebenaran Al Quran
  • Orang yang meninggalkan dan tidak berpegang kepada ajaran Al Quran akan sesat dan hilang panduan
Tujuan mempelajari Ilmu Aqidah

  • Memantapkan keimanan dan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah taala
  • Dapat mengenal ajaran yang merosakkan aqidah
  • Menjaga iman supaya selamat di dunia dan akhirat
  • Mempertahankan aqidah daripada dirosakkan atau diselewengkan
  • Menolak fahaman yang menyesatkan dan segera kembali kepada pegangan yang berlandaskan Al Quran dan Assunnah
Asas Aqidah Islam
ArRububiyyah AlUluhiyyah
Mentauhidkan Allah sebagai Pencipta, Pemilik dan Penguasa Mentauhidkan Allah yang bersifat dengan kesempurnaan. Hanya Allah yang disembah ditaati peraturan dan hanya Allah tempat berdoa dan berharap
AnNubuwwah AsSyam'iyat
Perutusan nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah taala untuk disampaikan kepada umat manusia Perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia seperti dosa, pahala, syurga dan neraka
Perkara-perkara yang merosakkan aqidah
Perkataan
  • Menghina Islam
  • Mengubah Hukum Islam
  • Bersumpah selain Allah
  • Menyanyi lagu yang bertentangan dengan aqidah
  • Mengubah ayat Al Quran atau Hadis Rasulullah SAWs
Perbuatan
  • Menyembah selain daripada Allah
  • Memakai lambang agama lain atau pertubuhan anti Islam
  • Menghina Al Quran
  • Menyertai upacara keagamaan yang lain
  • Sujud selain daripada Allah
Niat (hati)
  • Meyakini alam ini terjadi dengan sendirinya
  • Ber'iqtiqad bahawa Pencipta alam ini seperti makhluk lain
  • Ragu-ragu dengan rukun Iman rukun Islam, syariat Islam
  • Berniat keluar Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan